PASIR PUTEH: Tindakan pantas seorang wanita berusia 30-an berjaya menyelamatkan nyawanya apabila trak pikap miliknya yang diparkir di tepi jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, di sini terbakar hari ini.
Kejadian pukul 1.14 petang itu berlaku ketika mangsa mahu menghidupkan enjin kenderaan tersebut terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota telah digerakan ke lokasi untuk memadan kebakaran dan menyelamat.
“Sejurus tiba dilokasi pihak kami mendapati mangsa sudah keluar untuk menyelamatkan diri.
“Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku selepas wanita berkenaan mahu menghidupan enjin kenderaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Azhar Elmi memberitahu, pihaknya mengambil masa selama 51 minit untuk memadamkan keseluruhan kebakaran itu.-UTUSAN










