KUALA LUMPUR: UMNO meneliti pandangan berhubung pengampunan diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menentang termasuk daripada parti-parti politik lain dalam Kerajaan Perpaduan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui, di dalam UMNO juga terdapat pemimpin-pemimpin menentang dan kalangan yang berbuat demikian mesti ditegur sebelum keadaan menjadi lebih sukar. Menurut beliau, selagi tiada pandangan dikeluarkan oleh ketua-ketua parti politik maka ia tidak boleh dianggap sebagai pandangan rasmi…