SEREMBAN: Tiada sebarang gerakan untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya didalangi ketua-ketua bahagian parti itu termasuk dari Negeri Sembilan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan, beliau juga tidak tahu bagaimana perkara itu boleh timbul ketika pucuk pimpinan parti ketika ini berusaha menyelesaikan beberapa isu termasuk melibatkan pengampunan bekas presidennya, Datuk Seri Najib Tun…










