PASIR MAS: Tapak pelupusan sampah milik Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) yang terletak di Lubok Jong di sini terbakar malam tadi.
Kejadian sekitar pukul 9.40 malam itu melibatkan kawasan seluas 0.2 hektar.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Adnan Mohd. Juri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait kejadian itu pada pukul 9.44 malam.
Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu seramai 12 anggota termasuk pegawai telah digerakan ke lokasi.
“Sebaik tiba, pihak kami mendapati kebakaran sedang berlaku. Bagaimanapun, pihak MDPM membuat parit lebih awal bertujuan mengawal kebakaran daripada terus merebak.
“Kita ini kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Adnan memberitahu, pada masa sama telah memohon bantuan unit dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan untuk membuat pemantauan.
Katanya, sekitar pukul 7.32 pagi unit berkenaan telah ke lokasi.-UTUSAN










