PETALING JAYA: Kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin menular ke Tebing Barat apabila seramai 381 orang warga di wilayah tersebut dibunuh sejak 7 Oktober lalu dengan 70 daripada mereka membabitkan kanak-kanak. Berdasarkan laporan pihak berkuasa Palestin, jumlah serangan terhadap rakyatnya kini mencecah 28,268 kes sejak peperangan meletus di Semenanjung Gaza sehingga hari ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Aqsa Malaysia, Dr. Sharif Abushammala berkata, jumlah rakyat Palestin…










