TEMERLOH: Rumah pusaka berusia hampir 100 tahun di tepi jalan di Kampung Haji Ali Batu 1 di sini mendapat perhatian ramai kerana keunikan ciri tradisi Melayu Pahang-Riau masih terpelihara pada reka bentuk binaannya. Rumah berkenaan yang kini didiami Idham Khalid Ramli dan isterinya, Rosnita Abdullah serta tiga anak dibina oleh Allahyarham Taib Abdullah, iaitu datuk kepada Idham Khalid sebelum diwarisi bapanya, Ramli Taib. Taib Abdullah adalah seorang peniaga berasal dari…









