MELAKA: Komposer, Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin Jamil, 62, tidak lagi mendiami Rumah Warga Emas Taman Bukit Larang Indah, Telok Mas di sini sejak 5 Februari lalu. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warga Emas dan Komuniti Taman Bukit Larang Indah, Kamarulzaman Abd. Rahman berkata, individu yang pernah mencipta lagu untuk artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff itu meninggalkan rumah berkenaan kira-kira pukul…










