KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan #Reformasi100Peratus yang diadakan di luar bangunan Parlimen di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. “Kita akan panggil penganjur dalam masa terdekat. Pihak polis setakat ini sedang mengenal pasti individu-individu terlibat dalam perhimpunan ini,” katanya di sini hari ini. Terdahulu dianggarkan kira-kira 60 peserta yang majoriti memakai pakaian berwarna kuning dan hitam mula berkumpul seawal pukul 8 pagi dalam perhimpunan anjuran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya