Pegawai MKN mengaku salah pilih isteri beri sebut harga kenderaan - Utusan Malaysia

Pegawai MKN mengaku salah pilih isteri beri sebut harga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaku bersalah menyalahguna jawatan  untuk memilih  isteri memberi sebut harga kenderaan yang bernilai RM15,000 di Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini.

Tertuduh, Mohaidy Tabin,45, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatan sebelum ini iaitu sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga di Pejabat Jabatan Insolvensi cawangan Tawau untuk memilih isterinya sebagai penyebut harga yang berjaya dalam sebut harga kenderaan Toyota Fortuner yang bernilai RM15,000 dan tertuduh turut menggunakan harta tersebut.

Kesalahan itu dilakukan pada 18 Oktober 2018 di Pejabat Jabatan Insolvensi cawangan Tawau.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Jason Juga menjatuhi hukuman denda RM15,000 terhadap tertuduh dan jika gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara  lima bulan. Tertuduh membayar denda tersebut pada hari ini.

Sementara itu, kenderaan Toyota Fortuner dilucuthak kepada kerajaan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Rekhraj Singh manakala, tertuduh diwakili peguam Sarfin Salleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN