KANGAR: Majlis anugerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Panglima Awang di Kuala Nerang, Padang Terap berlangsung meriah bagi meraikan murid-murid sekolah tersebut.
Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.
Program tersebut turut dihadiri ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Kamarul Azman berkata, majlis anugerah berkenaan bagi meraikan murid-murid tahun satu sehingga lima di sekolah tersebut.
Beliau turut menekankan mengenai agenda ilmu, budi dan bakti yang perlu sentiasa diikuti.
“Jangan takut dan gentar di dalam menuntut ilmu yang sememangnya mempunyai cabaran dan rintangan. Meskipun dari anak petani dan penoreh, sekiranya berusaha, Insya-Allah akan berjaya kelak,” katanya.- UTUSAN









