Mohon pakar Malaysia pertahan warisan lama Melayu - Utusan Malaysia

Mohon pakar Malaysia pertahan warisan lama Melayu

LUTFI Saman menunjukan sebahagian khazanah alam Melayu Nusantara yang tersimpan di Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran al-Quran Narathiwat, Thailand. –UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pem­belajaran al-Quran Narathiwat memohon kepakaran Malaysia dalam kerja-kerja pemuliharaan khazanah Melayu lama Nusantara yang tersimpan di sini.

Pengarahnya, Lutfi Saman berkata, Malaysia memiliki kepakaran tersebut melalui Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.

“Marilah sama-sama kita berganding bahu dalam menjaga warisan Melayu lama di Nusantara ini supaya ia terus kekal dan dapat dilihat oleh generasi akan datang.

“Kesemua bahan ini adalah ‘benteng’ orang Melayu. Jadi, seluruh bahan ini perlu dipulihara dan dipertahankan kerana ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan berkait dengan alam Melayu,” katanya ketika ditemui di sini.

Lutfi berkata, sehingga kini sebanyak 39,000 manuskrip lama berjaya didokumenkan dalam bentuk digital sebagai salah satu usaha pemuliharaan.

Katanya, ia melibatkan 18 cabang ilmu merangkumi fekah, sejarah Melayu, sastera dan banyak lagi.

“Alhamdulillah setakat ini sebanyak 79 buah al-Quran lama telah dipelihara dan 100 buah lagi dalam proses pemuliharaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×