SABAK BERNAM: Kurang 10 peratus daripada lebih 12,000 peniaga bazar Ramadan di Selangor didapati tidak membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu. Statistik itu menunjukkan kesedaran bagi kelompok Orang Bekerja Sendiri (OBS) berkenaan masih berada pada tahap rendah. Pengarah Perkeso negeri, Ismail Abi Hashim berkata, pemerhatian pihaknya mendapati jumlah peniaga bazar itu yang mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) masih kurang. Jelas beliau, golongan itu perlu memanfaatkan…










