KLUANG: Kemahiran menghasilkan lukisan tiga dimensi (3D) digunakan sepenuhnya oleh empat sahabat sehingga dijadikan sebagai sumber pendapatan apabila galeri mereka dikunjungi orang ramai sejak mula dibuka kira-kira setahun lalu. Walau bagaimanapun, kemahiran yang terpendam sejak sekian lama itu hanya diusahakan secara komersial selepas melihat kejayaan Laman Kreatif di lorong belakang kedai di bandar Kluang yang menggamit penggemar lukisan untuk datang mengabadikan kenangan mereka. Zulkifli Dahlan, 58, berkata, bermula dengan hanya…










