Kesihatan anak bongsu mangsa komunis Bukit Kepong merosot - Utusan Malaysia

Kesihatan anak bongsu mangsa komunis Bukit Kepong merosot

Raja Zamzura Raja Buntat menerima sumbangan disampaikan M. Kumar pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Tahap kesihatan anak kepada salah seorang anggota polis yang terkorban dalam serangan komunis dalam tragedi di Balai Polis Bukit Kepong kini merosot.

Menurut Raja Zamzura Raja Buntat, 45, ibunya Jamilah Abu Bakar, 79, adalah   anak kepada Konstabel Polis (PC) Allahyarham Abu Bakar Daud dan isteri, Fatimah Jaabar  yang diserang pengganas komunis dalam tragedi di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

“Ibu saya anak bongsu kepada datuk saya, Allahyarham Abu Bakar Daud yang merupakan anggota polis bertugas sewaktu Balai Polis Bukit Kepong di serang komunis.

“Ibu saya ingat setiap detik yang berlaku. Sejak kebelakangan ini, tahap kesihatan ibu amat  merosot akibat faktor usia.

“Dalam kejadian berdarah pada pukul 2.30 pagi itu, segerombolan pengganas komunis menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong menyebabkan 25 anggota polis termasuk keluarga mereka serta orang awam terbunuh.

“Ibu saya turut cedera teruk di pergelangan tangan kiri akibat terkena peluru,”kata Raja Zamzura,” kata beliau  selepas Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong, di Muar, semalam yang dirasmikan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Kata  Raja Zamzura, ibunya bagaimanapun berjaya merangkak keluar di sekitar kawasan Kuarters Balai Polis tanpa disedari pengganas komunis sebelum bangunan itu hangus dibakar.

Jamilah yang berusia lima tahun sewaktu kejadian kini tinggal bersama anak-anaknya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Terdahulu, M. Kumar turut menyampaikan sumbangan kepada 11 waris mangsa tragedi berkenaan di Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong, di Muar semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×