KUALA PILAH: Penduduk di beberapa buah kampung di Seri Menanti, di sini dikejutkan dengan penularan rakaman video menerusi kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kelibat seekor harimau kumbang melintas sebatang jalan dalam kawasan kampung baru-baru ini. Rakaman berdurasi 51 saat itu tular sejak semalam dipercayai berlaku di Kampung Panglang Ulu pada 22 Februari lalu bagaimanapun tidak dapat dipastikan pemilik sebenar video tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung…