JOHOR BAHRU: Jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina meningkat lebih dua kali ganda menjadi 28,100 saman dalam tempoh enam hari. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, jumlah itu meningkat berbanding 11,690 saman yang dikeluarkan dalam tempoh sama tahun lalu. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 20,024 notis dikeluarkan tanpa kehadiran pemandu atau pesalah tidak ditahan dan selebihnya adalah notis yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik. “Sepanjang tempoh Op Selamat berjalan, sebanyak 1,187 jumlah kemalangan dilaporkan, termasuk 12 kemalangan maut dengan jumlah kematian seramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya