Israel tolong jangan perasan – Saifuddin

Israel tolong jangan perasan – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Israel, Danny Danon bahawa Malaysia mungkin akan menjadi destinasi pelancongan tanpa visa bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah terhadap negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kehadirannya di New York pada September tahun lalu sebagai delegasi negara untuk ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

“Saya menganggap tujuan hantaran ini dinaikkan semula bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas saya dan kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau merujuk kepada satu hantaran di laman X bertajuk ‘Israel bakal jadikan Malaysia pengecualian visa?’.

Ia turut menyertakan tangkap layar akaun X Ahli Parlimen Israel, Danny Danon pada September lalu yang menyiarkan gambar Saifuddin dalam perhimpunan itu.

Hantaran itu disertakan catatan sinis Danon, beliau ‘gembira’ melihat Saifuddin mendengar ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Danny bersangka bahawa destinasi pelancongan tanpa visa seterusnya bagi warga Israel adalah Malaysia.

Sebaliknya, beliau menegaskan kepada Israel sedar kerana hakikatnya, Malaysia mengkritik sekerasnya tindakan dilakukan zionis terhadap rakyat di Palestin.

“Israel jangan perasan. Sewaktu ucapan di UNGA, Perdana Menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua,” katanya.

Terdahulu, Malaysia menggesa semua negara supaya segera menghentikan sebarang bantuan kepada Israel di sam­ping tidak mengiktiraf kezaliman dilakukan sehingga mencetuskan krisis kemanusian kepada warga Palestin.

Selain itu, Malaysia menekankan supaya semua negara menghentikan segala bentuk bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel yang selama ini menafikan hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan melakukan penjajahan yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Pendirian itu dizahirkan Malaysia dalam Sesi Pendengaran Awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) The Hague, Belanda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×