Hamzah sangkal dakwaan jumpa Anwar minta jawatan dalam kerajaan - Utusan Malaysia

Hamzah sangkal dakwaan jumpa Anwar minta jawatan dalam kerajaan

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan penemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon jawatan di dalam kerajaan.

Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dakwaan itu merupakan satu fitnah dan beliau tidak pernah berjumpa dengan Anwar semenjak menjadi Perdana Menteri.

“Orang yang mengatakan saya (berjumpa Anwar) itu adalah tuduhan palsu. Saya tidak pernah berjumpa Anwar Ibrahim semenjak dia menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat ke-15 PN di sini.

Sebelum ini sebuah portal memaklumkan seorang pemimpin utama Bersatu baru-baru ini sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dipercayai melakukan rundingan demi kelangsungan beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti.

Sumber yang enggan dinamakan, berkata pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan memberikan lebih ramai sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan.

Tambah Hamzah, kesemua mereka yang menyatakan sokongan kepada kerajaan sebelum ini bersumpah tidak berjumpa dengan Anwar berhubung dakwaan merisik jawatan atau peruntukkan.

Dalam perkembangan sama, Hamzah juga berkata pihaknya belum menerima sebarang jemputan dari badan bukan kerajaan (NGO) Bersih.

Jelasnya, pihaknya akan mendahulukan kepentingan parti sekiranya ingin turut terlibat sama dalam perhimpunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×