PETALING JAYA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu meminda perlembagaan parti bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terkesan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, berdasarkan prinsip undang-undang sebarang pindaan peraturan baharu hanya terpakai untuk perkara baharu dan bukannya membabitkan perbuatan lalu. Oleh itu, menurut beliau, enam wakil rakyat Bersatu berkenaan tidak terkesan dengan…










