Dua beradik maut, emak dan anak parah kemalangan di Kota Tinggi - Utusan Malaysia

Dua beradik maut, emak dan anak parah kemalangan di Kota Tinggi

KEMALANGAN melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi yang meragut nyawa dua beradik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua beradik maut, manakala emak serta seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengalami kecederaan parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Syahriel Aiman Darwis, 22 dan kakaknya, Nurul Saidatul Akmar, 36, disahkan maut di tempat kejadian.

Emak mereka, Rukiah Mohd. Alwee, 61 dan anak lelaki Nurul Saidatul Akmar yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Shawaluddin Ami Nordin berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.33 pagi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Toyota Hilux dan Proton Wira. 

“Kemalangan melibatkan lima mangsa. Dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, dua mangsa cedera parah dan seorang lagi mangsa cedera ringan. 

“Tindakan operasi mengeluarkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta Proton Wira dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Operasi tamat pada pukul 11.55 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN