DBKL tidak kompromi beri sewa pada warga asing

DBKL tidak kompromi beri sewa pada warga asing

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menamatkan tempoh penyewaan serta-merta terhadap mana-mana perumahan awam milik pihak berkuasa tempatan itu yang disewakan kepada warga asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menamatkan tempoh penyewaan serta-merta terhadap mana-mana perumahan awam milik pihak berkuasa tempatan itu yang disewakan kepada warga asing.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin berkata, tindakan sedemikian boleh diambil berikutan itu merupakan antara syarat-syarat yang ditetapkan pihaknya kepada penyewa perumahan awam DBKL.

“Kalau ikut syarat, memang tidak boleh bagi orang lain duduk. Keluarga dan adik-beradik pun tidak dibenarkan. 

“Tapi kita akan bagi tempoh tiga bulan untuk memperbetulkan kesalahan. Sekiranya masih gagal, kita akan tamatkanlah.

“Sekiranya disewakan kepada warga asing, kita memang akan terus buat penamatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis pelancaran pasukan petugas pelaksanaan Ops Sri PA Pemeriksaan Perumahan Awam DBKL oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur di sini.

Ops Sri PA adalah satu tindakan proaktif diperkenalkan selepas berlaku kes kebakaran  melibatkan lima unit rumah di tingkat 17 Flat Sri Sabah pada 11 Februari lalu.

Dalam pada itu, Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, pasukan petugas khas tersebut  itu ditubuhkan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan kebakaran ke atas perumahan awam DBKL yang berusia lebih 30 tahun.

“Kumpulan ini dibahagikan kepada empat zon melibatkan 122 blok di 24 perumahan awam yang dikenal pasti.

“Kekuatan keanggotaan adalah seramai 70 orang pegawai bomba dengan kerjasama pihak penyelenggara DBKL,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN