KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menamatkan tempoh penyewaan serta-merta terhadap mana-mana perumahan awam milik pihak berkuasa tempatan itu yang disewakan kepada warga asing. Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin berkata, tindakan sedemikian boleh diambil berikutan itu merupakan antara syarat-syarat yang ditetapkan pihaknya kepada penyewa perumahan awam DBKL. “Kalau ikut syarat, memang tidak boleh bagi orang lain duduk. Keluarga dan adik-beradik pun tidak dibenarkan. “Tapi kita akan…










