PORT DICKSON: Pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak gusar sikap pempengaruh media sosial seperti Dd Chronicle yang membuat sesuatu parodi sehingga melampaui batas boleh memberikan kesan buruk dan tempias kepada golongan pelawak lain. Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abd. Rahman Kasim,47, berkata, sewajarnya sebagai seorang pempengaruh, terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum berkongsikan pendapat antaranya tidak melampaui batas agama masing-masing terutama Islam. “Kalau boleh kita sebagai orang Islam, kena…










