Bila mahu bentang Akta Perkhidmatan Parlimen, Majlis Parlimen?

Bila mahu bentang Akta Perkhidmatan Parlimen, Majlis Parlimen?

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa meneruskan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) yang kini masih tergantung walaupun sudah dibentangkan kepada Kabinet.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, beliau sudah me­nyi­ap­kan rang undang-undang (RUU) itu bersama Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa beliau memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara.

Katanya, RUU itu kemudian diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk dibawa kepada Kabinet teri tetapi tiada tindakan lanjut selepas itu.

“Saya masih percaya ada peluang untuk akta ini diper­kenalkan semula kata ini. RUU sudah siap dan sudah bentangkan di Kabinet dengan ada beberapa komen Kabinet harus dilaksana.

“Antaranya jawatankuasa tentang pengambilan kakita­ngan dan pegawai di Parlimen yang dicadang sebagai Lembaga Perkhidmatan Parlimen. Namun, kerajaan mempunyai pandangan lain.

“Semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi kerajaan inilah yang harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan, bukannya retorik sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Rais berkata, beliau bersama Wan Junaidi turut bersetuju di hadapan 60 senator di Parlimen pada Jun tahun lalu supaya pindaan bagi menjadikan Parlimen benar-benar menjadi entiti demokrasi bebas dan berkecuali.

“Ini pun tidak dilaksana, saya cuba bersangka baik, mungkin menteri undang-undang sibuk dengan beberapa kes lain, namun harus diingat ini ialah janji utama dan asas kerajaan hari ini,” katanya.

Wan Junaidi memulakan langkah memperkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen sejak dilantik menjadi menteri undang-undang pada 2021, di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan pada 1992 dan merupakan salah satu janji reformasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang belum ditepati selepas 22 bulan berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN