ARAU: Kesukaran mendapatkan bekalan beras tempatan di pasaran berlarutan sehingga pengguna terpaksa membeli beras import pada harga tiga kali ganda lebih tinggi menjadi faktor keperluan penetapan gred tunggal beras. Harga beras import ketika ini bagi berat 10 kilogram (kg) adalah sekitar RM40 hingga RM42, iaitu perbezaan antara RM14 sehingga RM15 berbanding beras tempatan, RM26. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Dibuk Sdn. Bhd., Ezreen Muhaizi Marzukhi berkata, perbezaan harga beras tempatan dengan import menjadi terlalu tinggi selepas India menyekat eksport tahun lepas. Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila beras tempatan terus diletak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya