LIPIS: Malim gunung Kampung Merapoh menceritakan detik terakhir sebelum pemergian pendaki wanita, Zahalita Othman, 52, yang meninggal dunia akibat sesak nafas di Gunung Reskit, Kuala Tahan, Jerantut, kira-kira pukul 7.30 pagi, 6 Februari lalu. Malim gunung terbabit, Nazaruddin Samat, 54, berkata, selepas solat Subuh, Zahalita keluar seketika membersihkan diri sebelum masuk semula ke khemahnya dan ketika itu dia terdengar arwah seperti sesak nafas. “Mendengar situasi itu, rakan pendaki wanita yang…