KUALA LUMPUR : Semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri serta daerah diingatkan agar memperkasakan Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertanggungjawab menyelia pegawai dan anggota polis dari semua sudut. Beliau berkata, polis yang terbabit amalan rasuah tidak sepatutnya berada dalam perkhidmatan PDRM. “Satu dua kes…