Wajib tulisan Jawi di Perlis 1 Feb.

Wajib tulisan Jawi di Perlis 1 Feb.

PENGUATKUASAAN tulisan Jawi di premis perniagaan di Perlis akan bermula 1 Februari ini melibatkan ha­nya papan tanda baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi yang sudah semakin dilupakan, kerajaan negeri mengambil langkah mewajibkan semua pemilik dan pengusaha premis perniagaan memaparkannya pada papan tanda masing-masing.

Penguatkuasaan tulisan Jawi di premis perniagaan akan bermula 1 Februari ini dengan ha­nya tertakluk pada papan tanda baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­rajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, Jawi adalah salah satu tulisan asal di negara ini dan perlu dipertahankan untuk generasi masa depan.

Justeru, menurut beliau, kerajaan negeri ingin menghidupkan semula tulisan berkenaan dalam kalangan masyarakat.

“Langkah pelaksanaan itu bertujuan menghidupkan dan menyemarakkan semula penggunaan tulisan Jawi. Selain itu, ramai generasi muda pada masa kini tidak mengetahui tentang tulisan Jawi.

“Jadi, langkah tersebut sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau menjelaskan, pada masa ini, kerajaan negeri dalam peringkat akhir bagi melengkapkan garis panduan pelaksanaan berkenaan sebelum ia mula dikuatkuasakan Februari ini.

Ujarnya, garis panduan tersebut akan dilaksanakan diperingkat Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan satu unit juga bakal ditubuhkan bagi tujuan itu.

“Tindakan menurunkan papan tanda premis boleh diambil sekiranya pihak berkaitan gagal mematuhi garis panduan yang akan dikuatkuasakan selepas ini,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan itu juga akan membabitkan kola­borasi bersama beberapa pihak seperti Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) serta Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sementara itu, seorang pe­ngusaha premis pengedar motosikal di sini, Khor Ah Chien, 36, berkata, dia mengambil inisiatif sendiri bagi memaparkan tulisan Jawi pada papan tanda kedainya sebelum pelaksanaan itu dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

Katanya, dia sememangnya terbuka dengan garis panduan baharu itu oleh kerajaan negeri dan tidak mempunyai sebarang bantahan atau halangan.

“Saya tidak kisah malah turut ambil inisiatif sendiri untuk masukkan tulisan Jawi pada papan tanda baharu yang kami tukar di kedai ini sebelum pelaksanaannya dikuatkuasakan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya