UMNO tiada pemimpin muda selepas KJ, Shahril

UMNO tiada pemimpin muda selepas KJ, Shahril

ONG KIAN MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO ketandusan pemimpin muda yang mampu membawa pengaruh dan sokongan rakyat terutama dalam kalangan gene­rasi baharu selepas kehilangan dua pemimpin terdahulu.

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming berkata, walaupun UMNO cuba untuk mengembalikan reputasi dan menjadi berpengaruh menerusi pemimpin muda yang lain, usaha parti tersebut gagal.

Malah, katanya, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dilihat gagal untuk menjadikan parti itu berpengaruh dalam kalangan orang muda sebagaimana yang pernah dilakukan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

“Buat masa sekarang sa­ya tidak nampak pe­mimpin UMNO muda yang ada kaliber seperti Khairy atau Shahril.

“Walaupun saya rasa Ketua Pemuda UMNO Dr. Muhamad Akmal Saleh mencuba sedaya upaya (menonjol), tapi belum mencapai standard lagi seperti Khairy,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau sebelum ini dipecat serta digantung ekoran pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Manakala Shahril yang juga bekas Ketua Pene­rangan UMNO digantung keahliannya selama enam tahun

Kian Ming berkata Dr. Muhamad Akmal tidak mempunyai strategi am­puh dan tersusun bagi membawa UMNO kembali diterima orang muda.

“Beliau mungkin (Dr. Muhamad Akmal) ada kaedah tersendiri untuk memikat orang muda. Cuma zaman sekarang, untuk memikat orang muda tidak boleh buat secara individu. Khairy contohnya ada pasukan sendiri,’’ kata beliau. Kalau UMNO nak undi orang muda mereka perlu ada pasukan muda yang kuat untuk berbuat demikian.

“Macam DAP sekarang, walaupun Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung, mereka ada pasukan yang terdiri daripada beberapa pemimpin lain seperti Hannah Yeoh, Steven Sim dan Gobind Singh Deo yang bekerjasama untuk menarik undi bukan sahaja orang bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri. Maknanya mereka menggunakan strategi menyeluruh,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN