Tiga lelaki jadi orang tengah kartel peroleh projek TLDM ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Tiga lelaki jadi orang tengah kartel peroleh projek TLDM ditahan SPRM

AZMI ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga individu yang bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket kartel bagi pelaksanaan kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini  ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 28 hingga 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 6 petang tadi.

Menurut sumber, penahanan kesemua mereka dibuat ekoran kesalahan tuntutan palsu dan telah menjadi dalang sindiket ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM.

Kes itu melibatkan perolehan keseluruhan lebih RM9 juta.

Pembayaran penuh telah dilaksanakan sedangkan pembinaan masih belum disiapkan dengan sempurna.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek terbabit.  

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi mendapatkan permohonan reman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya