Terpaksa lahirkan anak tanpa bius, ubat

Terpaksa lahirkan anak tanpa bius, ubat

GOLONGAN wanita hamil di Gaza kini terputus kepada akses perubatan, makanan dan kesihatan yang semakin meruncing. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib wanita hamil di Gaza semakin merun­cing apabila mereka terputus kepada akses perubatan, makanan dan kesihatan yang semakin memburuk di­sebabkan konflik Israel-Palestin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata, mereka di sana terpaksa melahirkan anak tanpa diberikan sebarang bius.

“Bayangkan betapa teruk keadaan di sana. Wanita hamil terpaksa melahirkan bayi tanpa sebarang bius atau ubat-ubatan dapat diberikan. Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang perlu mereka tanggung,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, gencatan senjata sangat wajar disegerakan bagi keselamatan rakyat Gaza supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan segera.

Tambah beliau, Gaza juga amat memerlukan peruntukan besar bagi membaik pulih ba­ngunan yang telah musnah dibom tentera Israel.

“Gaza dan warganya sangat optimis untuk bangkit dan diba­ngunkan semula dan masyarakat di seluruh dunia perlu sedia untuk berganding bahu menyalurkan bantuan diperlukan rakyat Gaza,” katanya.

Menurut Zulkifli, golongan ibu juga tidak dapat menyusukan bayi mereka disebabkan kekurangan zat akibat terputus bekalan makanan.

“Selain terputus bekalan ubat-ubatan, mereka juga terputus bekalan makanan. Mereka yang ditugaskan untuk memberikan bantuan habis diserang tentera Israel,” katanya.

Dalam pada itu, perkemba­ngan terkini portal antarabangsa melaporkan, 15 orang terbunuh akibat serangan udara tentera Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Deir el-Balah di tengah Gaza.

“Seorang banduan Palestin pula menjadi mangsa ketujuh mati dalam penjara Israel sejak 7 Oktober,” katanya.

Warga Palestin menyelar kematian itu sebagai satu ‘pembunuhan’ dan setakat ini sekurang-kurangnya 21,978 orang terbunuh dan 57,697 ce­dera dalam serangan Israel ke atas Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×