Tepis perpecahan, tetapkan semula hala tuju negara

Tepis perpecahan, tetapkan semula hala tuju negara

RAFIDAH AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menetapkan semula hala tuju negara dan membuat penambahbaikan serta keputusan tidak terkebelakang dalam semua langkah dan dasar yang tidak lagi relevan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, hal ini penting bagi menepis perpecahan kaum yang berlaku kini, sekali gus berharap agar perpaduan dalam negara dapat dikembalikan.

“Kita sering dihidangkan dengan pelbagai bentuk berita dan isu yang sebenarnya tidak perlu dibincangkan seperti isu perkauman lebih diutamakan. Namun, itu yang berlaku dalam kalangan kita.

“Bagaimana kita boleh mencapai keharmonian itu apabila terus ada yang menabur persepsi negatif atas kepenti­ngan tersendiri? Kita disibukkan dengan isu bumiputera dan bukan bumiputera dan ia menjadi isu perdebatan.

Kenapa tidak dibangkitkan isu pembangunan Malaysia yang sebenarnya bersifat kebangsaan untuk membangunkan sesebuah negara?” katanya, semalam.

Jelas Rafidah, dalam membentuk visi baharu secara realistik dalam negara, kesatuan dalam kalangan rakyat perlu difokuskan supaya ia terus menjadi contoh kepada generasi akan datang sampai bila-bila.

“Perbincangan perlu melibatkan pakar daripada pelbagai kaum menerajui perbincangan mengenai laluan ke hadapan dalam pembangunan sosio­ekonomi untuk Malaysia kini dan masa depan, dengan fokus kepada kompetensi, kemahiran dan meritokrasi rakyat.

“Juga perbincangan untuk mendapatkan input daripada organisasi yang boleh menyum­bang secara positif ke arah mencapai objektif yang bersifat kebangsaan serta tidak boleh dibahagikan mengikut kepen­tingan kaum mereka sendiri.

“Ini penting dalam membentuk visi baharu yang realistik untuk negara kita, menumpukan kepada kepentingan bersama rakyat Malaysia kerana perpaduan adalah legasi yang sangat berharga untuk ditinggalkan kepada anak muda kita, yang tidak terbeban dengan unsur perkauman yang memecah belahkan. Ini kerana kita kini sedang berhadapan de­ngan persekitaran serantau dan global yang berdaya saing dan semakin mencabar,” ujarnya.

Dalam hal ini, tegas Rafidah, kerajaan perlu mencari langkah terbaik supaya Malaysia tidak lagi diheret dengan persekitaran sosial dan politik yang tidak harmoni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN