Seorang maut, empat hilang rumah ditimbus tanah runtuh

Seorang maut, empat hilang rumah ditimbus tanah runtuh

PASUKAN penyelamat melakukan operasi menyelamat kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di Cameron Highlands, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki maut manakala empat lagi termasuk seorang wanita tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu melibatkan sebuah rumah yang didiami empat lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

“Seorang mangsa sudah ditemukan manakala empat lagi masih hilang dan misi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan.

“Tanah runtuh menghalang laluan masuk dan kerja-kerja menyelamat dilakukan secara manual,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya