Saya tidak hamil - Diana Danielle

Saya tidak hamil – Diana Danielle

Diana Danielle
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Diana Danielle, 33, menolak andaian dirinya kini sedang hamil anak ketiga sebagaimana yang disangka peminat dan warganet.

Sebaliknya, kata pelakon dan isteri kepada Farid Kamil ini, perubahan berat badan yang dialaminya kini adalah disebabkan keinginannya suka menikmati makanan.

“Saya tak hamil lah. Say cuma sedang naik berat badan sahaja. Sekarang tengah layan makan,”katanya dalam perkongsian di platfrom X, semalam.

Perkongsian itu termasuk di Instagram, turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut dan peminat yang sebelum itu meramalkan Diana kini sedang hamil.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, Diana juga ‘terpaksa’ membalas komen pada setiap andaian peminat tersebut dengan ayat ‘saya tidak hamil’ bagi memperbetulkan persepsi.

Ia dipercayai kerana penampilannya di beberapa acara kebelakangan ini menyaksikan perubahan ketara pada bentuk badannya selain imej pakaian besar yang selesa digayakannya kini.

Selain disangka hamil, warganet juga memuji perubahan bentuk badan Diana itu dengan menyifatkan dirinya lebih cantik, berseri dan kelihatan lebih bahagia.

Diana mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya