Petani terjejas banjir diminta daftar di Pejabat Pertanian daerah - Utusan Malaysia

Petani terjejas banjir diminta daftar di Pejabat Pertanian daerah

ARTHUR Joseph Kurup (tengah) menyampaikan bantuan baja dan kit agro makanan kepada petani pada program Sentuhan Agro Madani peringkat Parlimen Paya Besar di Kampung Sungai Atong di Kuantan, Pahang. - FOTO/ASZAHARI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Petani yang terjejas banjir diminta mendaftar di Pejabat Pertanian daerah masing-masing bagi membolehkan proses penyaluran bantuan dilaksanakan segera.

Sehingga kini, kira-kira 2,095 petani terkesan banjir manakala 4,065 hektar kawasan tanaman agromakanan dianggarkan terjejas akibat bencana tersebut di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, 72 petani dari negeri ini dengan keluasan terjejas 58.8 hektar.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas adalah di Cameron Highlands, Pekan, Kuantan dan Rompin melibatkan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Selepas pendaftaran, pihak Jabatan Pertanian akan mengumpul data untuk dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk penilaian kelayakkan.

“Seterusnya, ia akan dibawa kepada jawatankuasa untuk meluluskan pelbagai bantuan yang sesuai untuk petani terlibat,” katanya ketika ditemui pada program Sentuhan Agro Madani peringkat Parlimen Paya Besar di Kampung Sungai Atong di sini.

Arthur berkata, Jabatan pertanian sedang dalam proses mengumpul dan mengemas kini data-data berhubung petani terjejas banjir kerana keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

“Malah, kita juga sentiasa memantau keadaan kerana kementerian kita mengutamakan tanamam daripada petani tempatan berbanding import daripada luar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya