Penipuan katering: Polis giat kesan Fauziah - Utusan Malaysia

Penipuan katering: Polis giat kesan Fauziah

POLIS kini sedang mengesan wanita dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering yang berlaku di Jempol baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita terbabit, Fauziah Abdul Hamid, 40, dengan alamat terakhir di Nombor 18, Jalan Pulau Lumut U10/76G, Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, kini merupakan individu yang dikehendaki polis.

Oleh itu menurutnya, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan Fauziah berkaitan kes Ayer Hitam 1603/23 yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat BSJK IPD Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di nombor telefon 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102,” katanya.

Pada 25 Disember tahun lalu media melaporkan sebuah keluarga di daerah ini kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Keadaan tersebut menyebabkan keluarga terbabit terpaksa memasak sendiri hidangan selain mencari set kerusi dan meja untuk diletakkan di dalam dewan yang sudah ditempah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya