Pengutip derma, pengemis warga asing mewah peroleh RM10,000 sebulan - Utusan Malaysia

Pengutip derma, pengemis warga asing mewah peroleh RM10,000 sebulan

ANGGOTA penguat kuasa Imigresen Johor menahan tujuh warga asing yang mengutip derma dan mengemis di pasar malam Gelang Patah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tujuh pengutip derma dan pengemis warga asing termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) mampu memperoleh sehingga RM10,000 sebulan dengan meraih simpati umum.

Walau bagaimanapun, kegiatan mereka tidak bertahan apabila dicekup Jabatan Imigresen negeri ini dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, di sini semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi pada pukul 6.30 petang itu dijalankan susulan aduan awam berkaitan kegiatan dan kewujudan pengemis serta peminta derma warga asing di pasar malam tersebut.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia antara 34 hingga 63 tahun.

“Pengutip derma warga asing itu menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan, manakala pengemis menggunakan kecacatan anggota badan untuk meraih simpati.

“Penahanan mereka membuktikan ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharuddin berkata, operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). 

TIga lelaki OKU warga Kemboja dan dua lelaki Thailand ditahan ketika sedang mengemis di pasar malam tersebut.

“Selain itu, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia turut ditahan ketika anggota imigresen melakukan pemeriksaan di sekitar gerai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN