Pak andam tak semesti berperwatakan ‘lembut’

Pak andam tak semesti berperwatakan ‘lembut’

MOHD. RIDUWAN SHAH Aziz mengemas alatan merias wajah miliknya yang dikatakan lebih ringkas berbanding tukang rias wanita di butik miliknya di Felda Bukit Kuantan, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Menjadi tukang rias lelaki atau pak andam tidak semestinya perlu berperwatakan lembut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Riduwan Shah Aziz, 39, yang sudah 15 tahun menceburi bidang itu berkata, apa yang penting adalah minat dan sentiasa menjaga batas diri agar tidak terikut-ikut sehingga bertukar perwatakan menjadi ‘lembut.’

“Saya tidak nafikan ada dalam kalangan tukang rias lelaki berperwatakan lembut. Ada juga yang lama kelamaan menukar penampilan ke arah wanita.

“Saya bersyukur kerana sepanjang menjadi tukang rias, tidak pernah menerima ejekan dan cemuhan daripada rakan mahupun penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui di butiknya di Felda Bukit Kuantan di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd. Riduwan Shah memberitahu, antara cabaran sebagai pak andam ialah persaingan dari segi harga terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 sebelum ini.

“Semasa Covid-19, perniagaan agak merudum. Ketika itu ramai tukang rias dan pemilik butik menawarkan harga murah selain kami juga terpaksa memulangkan sebahagian wang deposit pelanggan yang tidak dapat membuat majlis disebabkan wabak tersebut.

“Selepas PKP, rata-rata pelanggan sudah mula hendak berjimat cermat dan mengambil pakej yang perlu sahaja. Jadi, saya sedang berusaha untuk bangkit semula daripada kejatuhan dengan mencuba membuat pelbagai promosi bagi menaikkan kembali perniagaan,” katanya.

Selain itu katanya, kemunculan lebih ramai tukang rias wanita kebelakangan ini membuatkan rata-rata bakal pengantin lebih selesa memilih kaum sejenis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN