Ops Tapis: Tiga penjawat awam antara 913 individu yang ditahan

Ops Tapis: Tiga penjawat awam antara 913 individu yang ditahan

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas sepanjang Ops Tapis semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiga penjawat awam antara 913 individu yang ditahan polis termasuk warga asing sepanjang 10 hari Ops Tapis di seluruh negeri bermula 1 Januari lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, salah seorang daripada penjawat awam itu ditahan kerana memiliki air ketum.

Menurutnya, sepanjang Op Tapis itu seramai 33 warga asing telah berjaya ditahan.

“Kesemua mereka yang ditahan itu masing-masing berusia 14 hingga 70 tahun tersebut melibatkan dadah.

“Selain itu, rampasan dadah berjumlah RM262, 891.54 telah berjaya direkodkan sepanjang 10 hari operasi tersebut,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pada masa polis turut menyita pelbagai barangan berjumlah RM271,600 termasuk kenderaan.

Katanya, Polis Kelantan akan terus memperkasakan Ops Tapis pada tahun ini dalam usaha membendung penyalahgunaan dadah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN