Lepasan SPM Galus boleh sambung pengajian di POLYCC - Utusan Malaysia

Lepasan SPM Galus boleh sambung pengajian di POLYCC

Mohd. Zahari Ismail (enam dari kiri) bersama penerima anugerah khas pada Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kategori gagal dan lulus berpeluang menyambung pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) menerusi Inisiatif Program Gagal Lulus SPM (Galus) bermula 4 Februari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, projek rintis fasa satu itu melibatkan seramai 150 pelajar yang akan memulakan pengajian di tiga Kolej Komuniti Johor iaitu Pagoh, Pasir Gudang dan Bandar Penawar.

“Antara kursus yang ditawarkan Sijil Fesyen dan Pakaian (Kolej Komuniti Pagoh), Sijil Dandanan Rambut (Kolej Komuniti Pasir Gudang) dan Sijil Teknologi Binaan Bangunan (Kolej Komuniti Bandar Penawar).

“Inisiatif itu memperluas akses pendidikan kepada golongan yang tidak mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pengajian sama ada di peringkat sijil atau diploma,” katanya semasa sidang media pada Majlis Aspiras Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas di sini hari ini.

Mohd. Zahari memberitahu, program Galus yang melalui inisiatif Microcredentials (MC) memboleh pelajar mendapat sijil diiktiraf oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) walaupun tidak mempunyai kelayakan untuk masuk ke POLYCC.

Katanya, kesemua pelajar yang terlibat akan mengikuti pengajian selama sembilan semester atau enam tahun mengikut bidang pengajian masing-masing serta kelulusan.

“Pada masa sama, kita akan memperhebat Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada individu tanpa mengira usia dan peringkat pengajian selain berpeluang menyertai program pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

“PSH akan diperhebat melalui penawaran pelbagai program microcredentials bersifat jangka pendek bagi membolehkan sesiapa sahaja di luar sana menambah kelayakan diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya