Langkah 8 MP Bersatu mahu sokong PM ada masalah dengan SD

Langkah 8 MP Bersatu mahu sokong PM ada masalah dengan SD

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapan ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan kekangan untuk mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Februari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kekangan tersebut adalah semua ahli parlimen Bersatu ketika ini didakwa telah menandatangani dua Akuan Bersumpah (SD) pada 10 dan 11 November tahun lalu.

Menurut beliau, dua SD tersebut ialah mewakilkan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menguruskan pertukaran kerajaan manakala SD kedua ialah mana-mana ahli parlimen menyokong blok lawan akan gugur sebagai ahli Parlimen dan perlu membayar denda RM10 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, kedua-dua SD itu dilakukan bagi menyekat mana-mana ahli Parlimen beralih sokongan kepada blok lawan.

“Semua ahli Parlimen berkenaan sudah bersedia untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, saya jangkakan mereka akan isytihar menjelang Dewan Rakyat bersidang.

“Cuma ada halangan untuk langkah itu sekarang ini, ada dua SD yang ditandatangani ahli Parlimen Bersatu supaya mereka tidak menyokong Perdana Menteri. Jika sokong, mereka perlu mengosongkan kerusi dan bayar denda RM10 juta seperti denda yang dikenakan kepada bekas ahli PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Pada waktu kini, mereka menunggu nasihat daripada pakar undang-undang mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Syed Abu hussin mendakwa, terdapat tujuh hingga lapan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan tidak lama lagi.
Beliau yang pada 28 November lalu mengisytiharkan sokongan kepada sokongan kepada Anwar berkata, kesemua Ahli Parlimen PN itu daripada beberapa negeri yang sememangnya dari kawasan majoriti Melayu.

Syed Husin dalam masa yang sama turut mengesahkan yang beliau didatangi Pimpinan Tertinggi Bersatu ke rumahnya pada 11 November tahun lalu bagi mendapatkan tanda tangan untuk kedua-dua SD berkenaan.

Namun, Syed Husin berkata, beliau hanya menandatangani satu SD iaitu mewakilkan Presiden parti untuk menguruskan pertukaran kerajaan.

“11 November tahun lalu, ada pimpinan tertinggi Bersatu datang ke rumah saya, minta tanda tangan untuk SD berkenaan dengan alasan ‘kita sudah dekat untuk tubuh kerajaan’, saya tandatangan untuk SD berhubung perkara itu, namun meletakkan syarat hanya sehingga tarikh akhir 23 November.

“Satu lagi SD, saya tidak tandatangan,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×