Kes bunuh di kebun durian, dua warga asing ditahan polis Bentong - Utusan Malaysia

Kes bunuh di kebun durian, dua warga asing ditahan polis Bentong

ANGGOTA Bahagian Siasatan Jenayah memeriksa kawasan kebun durian yang berlaku kes pembunuhan di Jalan Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang. - FOTO/IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Dua lelaki warga asing berusia 26 dan 31 tahun ditahan polis kerana dipercayai terlibat kes pembunuhan di sebuah Kebun Durian, Jalan Air Terjun, Chamang di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi semalam, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini terus ke lokasi setelah memperoleh maklumat daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun ditemukan mati di situ dengan kesan cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.

“Berikutan penemuan mayat tersebut, polis menahan seorang suspek juga warga asing di tempat kejadian yang turut mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai berpunca daripada berlaku pergelutan.

“Polis juga menahan seorang lagi suspek warga asing berusia 31 tahun di kawasan berdekatan ketika cuba melarikan diri,” katanya di sini.

Menurut Zaiham, mangsa serta dua suspek yang ditahan merupakan pekerja di kebun durian terbabit.

Katanya, polis turut merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai telah digunakan oleh suspek dalam pergaduhan tersebut.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya