Kedai basikal tertua di Teluk Intan masih dikunjungi pelanggan

Kedai basikal tertua di Teluk Intan masih dikunjungi pelanggan

TELUK INTAN 18 JANUARI 2024: Tulang basikal, Kuan Kit Hin (kiri) membaiki basikal tua pelanggannya, Zamri Darman di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sejak beroperasi pada tahun 1940, kedai membaiki basikal Chop Joo Hin di Jalan Maharani di sini terus bertahan walaupun basikal bukan lagi menjadi pilihan masyarakat hari ini untuk bergerak.

Kedai itu yang merupakan kedai basikal tertua di bandar ini tetap mempunyai pelanggan setia bukan sahaja daripada pengguna basikal moden tetapi juga pemilik basikal klasik atau basikal tua.

Pemilik perniagaan kedai basikal tersebut, Kuan Kit Hin, 75, mewarisi perniagaan itu daripada ayahnya, yang merupakan peniaga terawal yang membuka kedai membaiki dan menjual basikal di terletak tengah bandar Teluk Intan.

Apa yang menarik, di kedai itu membaiki dan menjual alat ganti basikal klasik yang digunakan secara meluas oleh masyarakat pada tahun 50-an sehingga 80-an.

Sebenarnya, basikal tua bukan sahaja digunakan sebagai pengangkutan untuk orang biasa tetapi juga pernah digunakan oleh posmen dan pengayuh beca suatu masa dahulu.

“Saya belajar membaiki basikal dengan cara membantu ayah di kedai ini. Saya mula mengambil alih perniagaan ini pada tahun 1988 selepas mendiang ayah meninggal dunia.

“Saya belajar membaiki basikal untuk membolehkan pelanggan ayah menghantar basikal mereka yang rosak untuk dibaikinya sampai bila-bila,” kata Kit Hin.

Menurutnya, perniagaan yang diwarisi daripada ayah masih mendapat sambutan dan mempunyai pelanggan setia dari Sungai Buaya, Seberang Perak, Bagan Datuk dan penduduk sekitar Teluk Intan dan peminat sukan berbasikal.

“Selain pelanggan tempatan, saya juga banyak membaiki basikal yang digunakan oleh pekerja asing di daerah ini yang kebanyakannya mempunyai basikal, mereka bekerja di ladang-ladang di sini terutama pekerja ladang warga Bangladesh, Myanmar, Kemboja dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik dan penggemar basikal antik, Helmi Abdullah, 63, yang masih memiliki basikal tua berkata, dia datang ke kedai tersebut dari rumahnya di Sungai Lanchang, Bagan Datuk semata-mata untuk membeli rantai basikal tua dan alat ganti basikal yang lain.

“Kedai membaiki basikal ini adalah yang tertua di bandar Teluk Intan. Hanya di kedai ini ada jual alat ganti basikal tua dan basikal model klasik.

“Setiap kali datang ke sini saya mesti beli alat ganti basikal, sebab hanya di kedai orang lama saja yang ada jual barang untuk basikal klasik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya