Jumlah mangsa banjir Pahang kembali meningkat, mangsa bertambah di Pekan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir Pahang kembali meningkat, mangsa bertambah di Pekan

SEORANG guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pelak, Zafri Dollah, 45, bersama anak-anaknya mengharung air banjir di pintu masuk dan keluar sekolah terbabit di Kampung Pelak di Pekan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang semakin meningkat kepada 1,525 mangsa setakat pukul 8 pagi ini berbanding semalam iaitu seramai 1,325 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah terbabit meliputi 383 keluarga yang ditempatkan di 23 buah PPS di tiga buah daerah yang terjejas banjir iaitu Maran, Pekan dan Rompin.

Ia berikutan peningkatan jumlah mangsa dan pertambahan beberapa buah PPS di Pekan daripada sembilan buah PPS semalam kepada 11 buah PPS hari ini yang menempatkan 797 mangsa dari 216 keluarga.

Ini menjadikan Pekan daerah jumlah mangsa tertinggi yang ditempatkan di PPS bagi negeri ini setakat ini.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, situasi di banjir di Maran bertambah baik dengan hanya sebuah PPS masih dibuka iaitu PPS Balairaya Kampung Baru Pertanian yang menempatkan empat keluarga terdiri daripada 12 penduduk.

Manakala di Rompin pula jumlah PPS dengan masih kekal 11 buah PPS menempatkan 716 mangsa daripada 215 keluarga setakat pagi ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai di Bera, Maran, Pekan dan Kuantan berada pada paran amaran dan beberapa sungai di Rompin, Raub, Bera, Pekan, Kuantan dan Maran menunjukkan trend menaik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir di enam daerah di Pahang iaitu Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Cameron Highlands dan Temerloh sementara hujan di Kuantan, Pekan dan Rompin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya