Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat, 1,075 dipindahkan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat, 1,075 dipindahkan

ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa terjejas banjir di Bukit Ibam di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,075 mangsa sehingga pukul 8 pagi ini daripada 749 orang semalam membabitkan 286 keluarga dari tiga daerah, Maran, Pekan dan Rompin.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, 24 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan 10 daripadanya adalah di Maran dan tujuh masing-masing di Pekan dan Rompin.

“Maran mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi ditempatkan di PPS iaitu 440 orang daripada 101 keluarga.

“Ia diikuti Rompin, 403 mangsa terjejas daripada 124 keluarga dan Pekan, 232 mangsa daripada 61 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga buah sungai berada di paras amaran iaitu sungai di stesen Lubuk Paku yang menunjukkan trend menurun, sungai di stesen Kuala Chini yang menunjukkan trend menaik dan sungai di stesen Paloh Inai yang menunjukkan trend menurun.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir di enam daerah di Pahang iaitu Bentong, Jerantut, Lipis, Cameron Highlands dan Temerloh sementara hujan di Bera, Kuantan, Maran, Pekan dan Rompin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya