Gempar jumpa bom zaman perang Jepun

Gempar jumpa bom zaman perang Jepun

BOM jenis mortar di zaman perang Jepun ditemukan di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penghuni dan warga Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTK) di sini digemparkan dengan penemuan sebutir bom zaman perang Jepun atau perang dunia kedua semalam.

Bom jenis mortar itu ditemukan pada pukul 1 petang semasa kerja-kerja menggali dan menanam kabel elektrik di kawasan RSK oleh pihak kontraktor.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Said Sidup ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penemuan tersebut.

Katanya, bom tersebut ditemukan berhampiran pintu masuk utama RSKTK.

“Sejurus bom itu ditemukan JKM telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut pada pukul 1.10 petang.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu telah datang ke RSKTK dan kemudiannya menjalankan tindakan pemusnahan,” katanya.

Said memberitahu, kerja-kerja memusnahkan bom berjaya dilakukan pada pukul 4.14 petang semalam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang telah menjumpai satu objek menyerupai bom kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, lelaki itu sedang menjalankan kerja-kerja menggali lubang untuk penanaman kabel di kawasan tersebut menggunakan jengkaut sebelum menjumpai objek seperti bahan letupan.

“Unit Pemusnah Bom telah ke lokasi kejadian dan mengesahkan objek berkenaan merupakan UXO jenis mortar 81mm dengan ukuran panjang 40 sentimeter yang sudah berkarat selain tiada sebarang tandaan.

“Bom tersebut berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di satu kawasan selamat kira-kira pukul 4.17 petang semalam,” katanya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya