Ada yang cakap saya tidak akan berjaya - Bella Zahir

Ada yang cakap saya tidak akan berjaya – Bella Zahir

bella zahir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mula-mula jadi pengacara dulu, ada individu cakap saya tidak akan berjaya. Depan ramai orang pula itu. Bayangkan betapa sedihnya saya. Mana nak letak muka ketika itu?”

Demikian luahan pengacara, Bella Zahir yang mendedahkan pernah ‘ditempelak’ seorang individu berpangkat tinggi ketika mula-mula menceburikan diri dalam dunia pengacaraan beberapa tahun lalu.

Kongsi Bella, dia bagaimanapun enggan mengalah dan meneruskan hasrat untuk mencari rezeki dalam bidang pengacaraan sehingga membuktikan kata-kata yang pernah dilemparkan satu ketika dahulu salah.

“Saya letakkan prinsip, yang memberi rezeki itu bukan dia tetapi Tuhan. Saya langgar sahaja. Ada sahaja tawaran pengacaraan, saya ambil, Berjaya atau tidak, saya letak tepi. Bila dipuji Alhamdulillah.

“Kalau ada yang tak suka atau kritik, saya balik nangis. Ulang rutin sama sampai ke tua, Alhamdulillah, saya masih hidup. Masih mengacara. Lepas empat tahun, jumpa individu tersebut dia mengaku salah.

“Saya nak nangis tetapi saya cool macam mana pula kan. Senyum sahaja mampu. Bukan nak angkuh tetapi kerja kuat saya selama ini, terbayar.Terus teringat wajah mama, abah, suami dan adik-beradik,” ciapnya di aplikasi X.

Tambah Bella lagi, sebelum ini juga, ada yang beranggapan karier seninya bakal terkubur selepas mendirikan rumah tangga namun dia sekali lagi menyangkal kata-kata bersifat dengki tersebut.

“Dulu orang sama cakap, kalau saya kahwin pasti rating program tak akan naik. Sebenarnya macam-macam saya kena hadap. Bukan orang itu sahaja, ada orang lain dalam industri seni yang perangai sebegitu.

“Tetapi saya fikir, kalau asyik nak merungut sahaja, kerja pun tak jalan. Jadi konsep hidup kita adalah lantak. Sasaran saya bukan nak popular, tetapi nak hidup selesa,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN