PETALING JAYA: Subsidi yang kini berjumlah hampir RM80 bilion yang sepatutnya hanya dinikmati golongan susah dikesan telah ‘dirampas’ oleh 3.5 juta warga asing dan orang kaya. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 bilion bagi membantu rakyat miskin dan mereka yang memerlukan khususnya yang tinggal di desa dan pedalaman. Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, kajian menunjukkan tidak semua peruntukan tersebut sampai kepada golongan sasar berikutan wujud pelbagai…









