KUANTAN: Keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang pada Selasa ini akan disambut meriah oleh rakyat negeri ini. Lebih 15,000 rakyat dijangka memenuhi laluan bermula di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Taman Tas, Sungai Isap, Kompleks Teruntum, dari pusat bandar Kuantan ke jalan Teluk Sisek sehingga ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad…