PUTRAJAYA: Semua warganegara Malaysia wajib menguasai bahasa Melayu dan menjadi kewajipan mereka fasih bertutur bahasa kebangsaan itu bagi mengelak timbul syak wasangka terutama ketika memperbaharui pasport dan memohon kewarganegaraan. Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penguasaan bahasa Melayu sudah terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan dan setiap rakyat wajib menguasai bahasa kebangsaan. “Dalam Perlembagaan Negara bahasa Melayu itu bahasa rasmi, bahasa lain bebas dipelajari dan digunakan, jadi asasnya…